Berita Berita
Kerajaan Madani setuju salur peruntukan, sokong usaha terjemah al-Quran ke 30 lagi bahasa – PM Anwar

PUTRAJAYA 8 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Madani bersetuju menyokong permohonan Yayasan Restu bagi mendapatkan dana tambahan untuk meneruskan usaha menterjemah al-Quran ke dalam 30 lagi bahasa di dunia.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada yayasan tersebut bagi tujuan berkenaan.
Menurutnya, setakat ini Yayasan Restu telah berjaya menterjemahkan al-Quran ke dalam 30 bahasa, termasuk yang terbaharu iaitu bahasa Russia.
“Peluncuran hari ini terjemahan ke-30 (iaitu) kepada bahasa Russia dan kebetulan Yang di-Pertuan Agong sekarang (berada) di Russia.
“Jadi ini suatu perkembangan yang sangat menggalakkan, cadangan untuk menterjemah ke 30 bahasa lagi dan dia (Yayasan Restu) minta dana tambahan.
“Jadi tentunya untuk ikhtiar ini, saya bagi pihak Kerajaan Madani akan memberikan seluruh dukungan dan kerjasama,” katanya semasa merasmikan Pelancaran Percetakan Al-Quran dan Terjemahan Bahasa ke-30 (Bahasa Russia) serta Peluncuran Mushaf Ummah Al-Jami' di Kompleks Nusyrul Quran, di sini hari ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.
Berita berkaitan
August 8, 2025, 7:34 pm
AGC arah polis gali semula jenazah Zara Qairina bagi tujuan bedah siasat, siasat segala aspek
August 8, 2025, 4:51 pm
Dua bulan lagi, Belanjawan 2026 bakal dibentang 10 Oktober depan
August 8, 2025, 4:40 pm
UiTM kekal fokus bantu bumiputera, henti terus kemasukan pelajar antarabangsa
August 8, 2025, 2:22 pm
Tetak polis dengan parang, pemotong rumput dipenjara lapan bulan
August 8, 2025, 1:48 pm
Polis minta anak Sosilawati tampil bantu siasatan kes terima bungkusan ganja dari Thailand
August 8, 2025, 1:05 pm