TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Aku diam, aku fokus', Opai rangkul anugerah Malaysia Top Achievers 2025, berjaya bukti kerja keras tidak akan khianati hasil

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pempengaruh media sosial dan juga trader dikenali ramai, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, berjaya mencuri perhatian apabila menerima anugerah Malaysia Top Achievers 2025 di bawah kategori Kecemerlangan Kepimpinan Dalam Pemasaran Pempengaruh, baru-baru ini.

Pengumuman kejayaan itu dikongsikan sendiri oleh Opai menerusi hantaran di TikTok, disertakan dengan gambar beliau bersama trofi anugerah berkenaan.

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian tersebut, lebih-lebih lagi selepas melalui pelbagai cabaran dan menerima kecaman daripada segelintir pihak sepanjang perjalanan kariernya.

“Aku diam, aku fokus, aku tak lawan dengan mulut tapi lawan dengan kerja. Hari ini mereka kena belajar sebut nama aku dengan hormat,” katanya dalam hantaran itu.

Menurut Opai, kejayaan ini adalah bukti bahawa kerja keras tanpa mengendahkan suara negatif mampu membuahkan hasil yang manis.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada para pengikutnya di TikTok. Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan bangga, selain mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih.

Antara komen yang ditinggalkan:

  • “Bangga tengok Opai bangkit dan buktikan pada semua.”

  • “Kejayaan yang datang bukan sekelip mata. Tahniah bro!”

  • “Tak sia-sia usaha selama ni, akhirnya dapat juga pengiktirafan.”

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyatakan penghargaan atas semangat tidak mudah mengalah yang ditunjukkan Opai serta menjadikan kisahnya sebagai inspirasi untuk terus maju dalam bidang masing-masing.

+ - reset