TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki ke tali gantung kerana bunuh warga Bangladesh, mayat diikat pada motosikal sebelum campak ke Sungai Kinta

By
|
Kongsi
image

 

IPOH 8 Ogos – Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga Bangladesh dalam insiden kejam yang berlaku tujuh tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo Online, keputusan itu dibuat oleh Hakim Su Tiang Joo terhadap Mohamad Amier Amzar Mohamad Aspar, 28, selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh telah membunuh Md. Ovaidul, 32.

Mangsa ditemui mati dengan keadaan menyayat hati apabila sebelah kakinya diikat pada sebuah motosikal sebelum dicampak ke dalam Sungai Kinta di kawasan Sungai Galah, Kampung Gajah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu berusia 21 tahun didakwa membunuh mangsa antara pukul 8.20 malam hingga 10.25 malam pada 15 Disember 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Dalam penghakiman di akhir kes pembelaan, Hakim Tiang Joo menegaskan bahawa kematian mangsa bukan disebabkan tindakan spontan, sebaliknya merupakan hasil daripada satu perancangan rapi yang disifatkan sebagai sangat kejam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Geetha Jora Singh, manakala tertuduh diwakili peguam V. Santhiran. 

+ - reset