Berita Berita
Tengku Zafrul sah sertai PKR Cabang Ampang, permohonan diterima dua minggu lalu

OSAKA, 8 Ogos – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan bahawa permohonannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diterima dua minggu lalu.
Beliau berkata, kini beliau secara rasmi merupakan ahli PKR bagi Cabang Ampang.
“Saya tidak ingat tarikh tepat (penerimaan permohonan), tapi ia ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, dua minggu lalu,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini semasa melawat Pavilion Malaysia sempena Expo 2025 Osaka.
Terdahulu, pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan hasrat menyertai PKR.
Dalam surat yang dihantar kepada kepimpinan UMNO, beliau memaklumkan keputusan meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO. – Media Telus
Berita berkaitan
August 8, 2025, 7:34 pm
AGC arah polis gali semula jenazah Zara Qairina bagi tujuan bedah siasat, siasat segala aspek
August 8, 2025, 4:51 pm
Dua bulan lagi, Belanjawan 2026 bakal dibentang 10 Oktober depan
August 8, 2025, 4:40 pm
UiTM kekal fokus bantu bumiputera, henti terus kemasukan pelajar antarabangsa
August 8, 2025, 2:22 pm
Tetak polis dengan parang, pemotong rumput dipenjara lapan bulan
August 8, 2025, 1:48 pm