Berita Berita
Anwar sambut ulang tahun kelahiran ke-78, rakyat doakan kesejahteraan
KUALA LUMPUR 10 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-78 hari ini.
Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar merupakan tokoh politik berpengaruh yang telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan penting sepanjang lebih lima dekad penglibatannya dalam politik negara.
Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022, beliau giat memacu agenda reformasi dan perpaduan nasional dengan memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi serta usaha membanteras rasuah.
Tinjauan di media sosial turut mendapati para pemimpin negara turut menyampaikan ucapan tahniah dan doa kesejahteraan sempena ulang tahun kelahiran Anwar.
Berita berkaitan
May 2, 2026, 9:25 am
Maha Berjaya tawar pakej Ibadah Qurban Kambing 2026, harga bermula RM999 sahaja
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:42 pm
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:38 am
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
May 1, 2026, 8:17 am
