Berita Viral
'Kru kabin pun tak sedar sehingga penumpang beritahu' - AirAsia dikritik tersalah landing di Gimpo, sepatutnya di Incheon
SEOUL 14 Ogos - Sebuah penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Korea Selatan mencetuskan kekecohan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, bukannya Lapangan Terbang Incheon seperti dijadualkan, lapor media tempatan hari ini.
Pesawat AirAsia D7 506 dijadual tiba di Incheon pada 7.50 malam, namun mendarat di Gimpo kira-kira 35 kilometer dari destinasi asal pada 8.08 malam selepas berlegar-legar di udara.
Seorang penumpang, Lee Mi-hyun, berkata kekeliruan bermula apabila kapten mengumumkan pesawat telah tiba di Incheon, menyebabkan penumpang bangun mengambil bagasi kabin.
Namun, beberapa orang yang memeriksa telefon dan melihat ke luar tingkap menyedari mereka berada di Gimpo.
“Semua orang panik. Kru kabin pun tidak sedar sehingga diberitahu penumpang. Malah seorang krew berkata dia perlu menelefon ibu bapanya yang menunggu di Incheon,” kata Lee kepada The Korea Herald.
Korea Airports Corporation memaklumkan pesawat terpaksa mendarat di Gimpo berikutan gelora udara di kawasan Incheon. Ia kemudian mengisi minyak sebelum berlepas semula ke Incheon pada 10.17 malam dan mendarat pada 10.59 malam.
Bagaimanapun, Lee mendakwa kru gagal mengendalikan situasi dengan baik ketika penumpang terpaksa menunggu hampir dua jam di Gimpo.
“Mereka kelihatan sama keliru seperti penumpang. Tiada air diberikan dan makanan hampir habis. Penumpang yang ada anak kecil kecewa. Ada juga yang mahu kekal di Gimpo saja,” ujarnya.
Seorang lagi penumpang, Ryu, 39, turut mengkritik syarikat penerbangan itu kerana tidak memberi penjelasan yang jelas.
“Sepanjang dua jam itu, tiada penjelasan terperinci mengenai punca atau usaha menenangkan penumpang,” katanya.
AirAsia setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
