Berita Viral
Tak tahu apa punca, wanita tahan sakit disembur pemedih mata di Seremban 2
Oleh AZIM SAID
Seremban 3 Jun – Insiden pergaduhan tercetus di kawasan Garden Homes, Seremban 2 apabila seorang wanita disembur dengan pemedih mata oleh seorang lelaki yang tidak dikenali
Pergaduhan bermula secara ringan sebelum lelaki terbabit tidak berpuas hati dan mengeluarkan botol semburan pemedih mata dan menyemburkannya ke arah mangsa.
Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kesakitan dan terpaksa menjauhkan diri dari lelaki tersebut.
Netizen yang menyaksikan kejadian itu turut memberikan pelbagai reaksi.
Seorang warganet, Vincent Ko menggesa tindakan segera oleh pihak berkuasa.
"PDRM, tolong sumbat orang ini ke dalam, betul-betul kurang ajar, berlagak samseng."
Seorang lagi, Muhamad Shahrul menasihatkan supaya membuat laporan polis.
"Buat laporan polis aja, kurang-kurang biar duduk lokap 2–3 hari untuk reman."
Polis menasihatkan penduduk supaya sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan sebarang tindakan agresif di kawasan perumahan bagi keselamatan bersama.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
