TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Murid tahun enam dikhuatiri lemas di sungai Kampung Delong

By
|
Kongsi
image

DUNGUN 17 Ogos – Seorang murid tahun enam dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kampung Delong, dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Nik Zariff Maliqi Qausar Nik Sulaiman, 12, dilaporkan dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama empat rakannya sekitar jam 5.45 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira seminit selepas kejadian.

“Selain pencarian di sepanjang pesisir sungai, kita juga melakukan pencarian dengan menggunakan bot.

“Kita turut mendapat bantuan tujuh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang melakukan selaman kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas,” katanya.

Menurutnya, operasi pencarian di air dijalankan sehingga tengah malam dengan bantuan polis serta penduduk kampung.

“Sehingga pagi ini mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat akan diteruskan sehingga mangsa ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. - Media Telus

+ - reset