TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga rakan Sophia Albarkbah akan dipanggil polis, bantu siasatan kes buli siber dan gangguan seksual

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Polis akan memanggil tiga rakan rapat kepada pelakon sensasi, Sophia Albarakbah bagi membantu siasatan berhubung laporan artis itu yang mendakwa menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, keterangan daripada Sophia sudah direkodkan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan. Tiga saksi yang juga rakan Sophia akan dipanggil dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Sophia hadir membuat laporan polis di Balai Polis Travers selepas menerima kecaman melampau termasuk ugutan berunsur seksual di media sosial.

Difahamkan, serangan netizen terhadap bintang drama popular itu semakin menjadi-jadi selepas dia memenangi trofi Selebriti Feminin Terhangat pada sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

Peguamnya, Aizat Azam berkata, komen keterlaluan yang diterima anak guamnya bukan sekadar penghinaan, malah turut mengandungi ugutan seksual secara terbuka sehingga menjejaskan kesihatan mental pelakon berkenaan.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan niat menghina kehormatan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian. - Media Telus

+ - reset