TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

CCTV kes serangan anak Rafizi temukan petunjuk positif, polis siasat mesej ugutan

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 17 Ogos – Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi serangan terhadap anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, menemukan beberapa petunjuk positif.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih berjalan dan petunjuk yang diperoleh daripada rakaman itu sedang diteliti secara menyeluruh.

“Setakat ini, seramai 14 individu telah dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau turut memaklumkan, polis sedang menyiasat mesej ugutan yang diterima isteri Rafizi berhubung insiden tersebut, dengan bantuan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesan pihak bertanggungjawab.

Insiden berlaku pada Rabu lalu apabila anak Rafizi diserang secara tiba-tiba di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya sekitar jam 1.45 petang.

Rafizi mendedahkan, serangan berlaku ketika isterinya dan anak mereka masuk ke dalam kereta sebelum didatangi seorang lelaki yang mengheret anaknya dan mencucuk dengan jarum suntikan.

Menurutnya, semakan mendapati dua lelaki menaiki motosikal telah mengekori kereta isterinya, sekali gus menimbulkan syak bahawa serangan itu dirancang.

Beliau menambah, isterinya turut menerima mesej ugutan melalui aplikasi WhatsApp yang mengancam keselamatan anak mereka.

“Isteri saya menerima mesej ugutan pada jam 1.12 pagi semalam. Kandungannya berbunyi ‘diam andai teruskan AIDS’.

“Mesej kedua pula diterima pagi ini pada jam 11.02, juga berbunyi ‘diam andai teruskan AIDS’ dengan emoji picagari sebanyak tiga kali,” katanya. - Media Telus

+ - reset