TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita china cederakan pegawai imigresen di KLIA dituduh esok

By
|
Kongsi
image

SEPANG – Seorang wanita warga China yang ditahan kerana mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintendan Albany Hamzah berkata, setakat ini lima individu telah dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

“Keterangan termasuklah daripada mangsa yang juga pegawai kaunter imigresen. Wanita warga China ini akan dituduh esok di mahkamah,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, rekod kemasukan wanita terbabit ke Malaysia masih dalam siasatan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan kejadian berpunca apabila suspek bimbang akan terlepas penerbangan lalu bertindak agresif terhadap pegawai imigresen ketika pemeriksaan pelepasan di KLIA Terminal 1.

Insiden berlaku kira-kira jam 7.40 malam melibatkan empat warga China terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak yang sedang melalui pemeriksaan imigresen.

Suspek ditahan selepas mencederakan pegawai terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam), Seksyen 332 (mencederakan penjawat awam), serta Seksyen 353 (menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam). - Media Telus

+ - reset