Berita Berita
PSP serbu dua premis jual vape haram di Kangar, rampasan RM315,900

KUALA LUMPUR – Pasukan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) menyerbu dua premis menjual rokok elektronik secara haram di Kangar, Perlis dengan rampasan bernilai RM315,900, kelmarin.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, operasi bersepadu Op Taring Alpha 3 dijalankan bersama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) hasil maklumat risikan dan aduan awam.
“Serbuan pertama di Kampung Baru, Kangar merampas 2,083 unit peranti dan cecair rokok elektronik pelbagai jenama bernilai RM104,150.
“Serbuan kedua di Kampung Padang Behor, Kangar merampas 4,235 unit peranti dan cecair rokok elektronik bernilai RM211,750,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumlah keseluruhan rampasan adalah 6,318 unit dengan nilai RM315,900.
Azmi berkata, MPK mengeluarkan notis kesalahan serta tawaran kompaun kepada penjaga premis kerana melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Semua rampasan dipercayai untuk tujuan jualan walaupun Kerajaan Negeri Perlis sudah menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan cecair vape mulai 1 Ogos lalu,” jelasnya.
Menurutnya, operasi dilaksanakan di bawah pendekatan REFORM, iaitu gabungan kepakaran pelbagai agensi bagi memaksimumkan keberkesanan penguatkuasaan.
“PDRM bersama agensi berkaitan akan terus melaksanakan operasi secara berkala bagi membanteras penjualan vape haram dan menjaga kesejahteraan masyarakat,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 17, 2025, 2:45 pm
Rakyat tidak perlu takut kibarkan Jalur Gemilang – Fahmi
August 17, 2025, 1:39 pm
Wanita parah dirempuh pemandu mabuk meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
August 17, 2025, 1:29 pm
'Yang sudah tu sudahlah' – Zahid nasihat Tajuddin dan Azwan Bro henti sengketa demi PRU
August 17, 2025, 12:27 pm
Wanita china cederakan pegawai imigresen di KLIA dituduh esok
August 17, 2025, 11:34 am
Tiga rakan Sophia Albarkbah akan dipanggil polis, bantu siasatan kes buli siber dan gangguan seksual
August 17, 2025, 11:28 am
Siasatan kes serangan anak Rafizi diambil alih JSJ Bukit Aman
August 17, 2025, 10:30 am
CCTV kes serangan anak Rafizi temukan petunjuk positif, polis siasat mesej ugutan
August 17, 2025, 10:22 am
Wan Rosdy gesa pelaksanaan Titah Adendum Najib disegerakan tanpa perbicaraan
August 17, 2025, 10:09 am