Berita Berita
Rakyat tidak perlu takut kibarkan Jalur Gemilang – Fahmi

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Rakyat tidak perlu takut atau gusar untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut beliau, walaupun terdapat segelintir pihak yang cuba menimbulkan rasa takut terhadap aktiviti itu, semangat patriotisme rakyat seharusnya tidak terjejas.
“Do not be afraid to put up the Jalur Gemilang. Jangan rasa takut. Ada yang risau sebab tindakan sekumpulan kecil individu yang cuba mengapi-apikan sentimen, menangguk di air keruh untuk menakut-nakutkan orang.
“Jangan ambil tindakan bagi pihak polis, biar polis yang sasar. Jangan ambil tindakan bagi pihak Jabatan Peguam Negara, biar pihak itu yang dakwa. Jangan ambil tindakan bagi pihak hakim,” katanya ketika berucap pada program Penyemarakan Seni Budaya@Komuniti Pantai Dalam 2025 di Tapak Parkir, Padang Bola PPR Kerinchi, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan ketegangan kaum, agama dan budaya di negara ini, tanpa lagi sekadar teguran atau amaran.
Perdana Menteri turut merujuk isu kematian pelajar Zara Qairina Mahathir akibat buli serta insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik sebagai contoh unsur negatif yang perlu dihentikan segera.
Mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu memboikot sambutan hari kebangsaan sekiranya kes Zara Qairina tidak diselesaikan, Fahmi menegaskan perkara itu tidak wajar.
“Merdeka itu acara kenegaraan dan saya sarankan kita sambut. Saya pun mahukan Justice for Zara, Justice for Faris dan Justice for Syamsul, pelajar PELAPIS.
“Kita tidak mahu budaya buli berlarutan. Undang-undang sudah ada, Bukit Aman ambil alih siasatan dalam kes Zara Qairina, inkues sudah dipohon dan saya percaya tarikh akan diberi dalam masa terdekat.
“Proses keadilan memang ambil masa. Dalam kes Bella contohnya, akhirnya kita nampak keadilan ditegakkan. Saya percaya keadilan akan diperoleh. Jangan bina istana di atas pusara atau cuba mempopularkan diri sendiri. Yang kita mahukan adalah keadilan,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 17, 2025, 1:39 pm
Wanita parah dirempuh pemandu mabuk meninggal dunia selepas tujuh hari bertarung nyawa
August 17, 2025, 1:29 pm
'Yang sudah tu sudahlah' – Zahid nasihat Tajuddin dan Azwan Bro henti sengketa demi PRU
August 17, 2025, 12:27 pm
Wanita china cederakan pegawai imigresen di KLIA dituduh esok
August 17, 2025, 11:34 am
Tiga rakan Sophia Albarkbah akan dipanggil polis, bantu siasatan kes buli siber dan gangguan seksual
August 17, 2025, 11:28 am
Siasatan kes serangan anak Rafizi diambil alih JSJ Bukit Aman
August 17, 2025, 10:30 am
CCTV kes serangan anak Rafizi temukan petunjuk positif, polis siasat mesej ugutan
August 17, 2025, 10:22 am
Wan Rosdy gesa pelaksanaan Titah Adendum Najib disegerakan tanpa perbicaraan
August 17, 2025, 10:15 am
PSP serbu dua premis jual vape haram di Kangar, rampasan RM315,900
August 17, 2025, 10:09 am