TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wan Rosdy gesa pelaksanaan Titah Adendum Najib disegerakan tanpa perbicaraan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan pelaksanaan adendum berhubung pembebasan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu disegerakan tanpa melalui proses perbicaraan.

Beliau berkata, kewujudan adendum tersebut telah disahkan melalui keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara memutuskan dokumen itu benar-benar wujud.

“Daripada awal lagi saya bersama dengan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan bahawa adendum itu ada. Dan sebab itulah kami berdua membuat afidavit,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Larian Tok Gajah Kuala Lumpur Edisi 2025 di Dataran DBKL, hari ini.

Menurutnya, apabila adendum tersebut sah dari segi undang-undang, maka tiada lagi keperluan untuk perbincangan lanjut.

“Saya ada mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan untuk melepaskan Datuk Seri Najib hendaklah disegerakan apabila adendum itu telah ada,” jelasnya.

Wan Rosdy menambah, pelaksanaan segera titah adendum itu juga diyakini mampu membangkitkan semangat ahli UMNO untuk terus berjuang memperkukuh parti.

“Saya ulangi pendirian, supaya titah adendum itu dilaksanakan dan tidak perlu dibicarakan lagi,” tegasnya. - Media Telus

+ - reset