Berita Ekonomi
Pelaburan Google RM9.4 bilion bukti ekonomi negara kuat, jadi tarikan pelabur - PM

KUALA LUMPUR 30 Mei – Pelaburan Google bernilai AS$2 bilion (RM9.4 bilion) jelas membuktikan Malaysia mempunyai rancangan yang jelas selain disokong dengan kekuatan ekonomi dan sumber negara sehingga berjaya menjadi tarikan kepada pelabur sedia ada dan Baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keadaan itu mampu meletakkan Malaysia antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.
Google hari ini mengumumkan komitmen pelaburan sebanyak RM9.4 billion di Malaysia, merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.
Menurut Anwar, pelaburan Google akan menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.
"Pelaburan ini dijangka membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion (RM15.04 bilion) dan pewujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang 2030," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei lalu, Anwar berkata beliau telah menekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan AI secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.
"Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini," katanya. – Media Telus
#MADANI #PMX #GOOGLE
Berita berkaitan
July 18, 2025, 2:46 pm
Zambia tarik minat pelabur global, 2 syarikat Malaysia ikat perjanjian bernilai USD4 juta
July 18, 2025, 12:33 pm
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.5 peratus pada suku kedua 2025
July 15, 2025, 3:43 pm
Delegasi Malaysia teroka peluang ekonomi berkembang di Zambia
July 1, 2025, 12:41 pm
BNM dijangka turunkan OPR 25 mata asas separuh kedua 2025 – HLIB
June 30, 2025, 6:25 pm
ASB 3 didik umum agihan pendapatan 5.25 sen seunit, libatkan RM423 juta
June 23, 2025, 11:07 am
Harga minyak melonjak susulan serangan AS ke atas Iran, cetus kebimbangan bekalan global
June 19, 2025, 2:46 pm
IMCJF terima 400 pertanyaan, 6 pelaburan disahkan dalam tempoh lima bulan
June 17, 2025, 3:54 pm
Kerajaan dahulukan rasionalisasi subsidi RON95 sebelum laksana cukai karbon – Amir Hamzah
June 17, 2025, 10:50 am