Berita Viral
Tular buat perkara tak senonoh dalam kereta di perkarangan masjid, pelaku tampil minta maaf
KUALA LUMPUR 31 Mei - Pelaku yang disyaki melakukan perkara tidak senonoh dalam kereta di perkarangan Masjid Gombak Utara telah hadir memohon maaf.
Pengurusan masjid berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin sebelum tular dimedia sosial.
“Pada tengah hari semalam, pihak masjid mendapati bahawa pelaku tersebut bukanlah pemilik kenderaan iaitu seorang pesara guru berusia 61 Tahun atau anak pemilik kereta.
“Namun, kereta tersebut telah dipandu oleh rakan kepada anak pemilik yang belajar di kolej berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, pelaku iaitu seorang lelaki berusia 22 tahun telah datang ke masjid pada pukul 4 petang semalam dan mengaku atas kesilapan yang dilakukan.
Malah, pelaku juga memohon maaf atas perbuatannya yang telah menjejaskan nama baik masjid.
“Ekoran kejadian ini, pemilik kenderaan dan keluarga telah diaibkan secara terbuka di media sosial.
“Mereka sekeluarga juga diancam keselamatan”.
Semua pihak diminta menurunkan video tersebut bagi mengelakkan fitnah daripada berlarutan. - Media Telus
#KHALWAT #MASJIDGOMBAKUTARA
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
