TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan akan bertindak tegas terhadap pencetus kebencian kaum, agama – Anwar

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kebencian antara agama dan kaum di negara ini.

Menurut beliau, meskipun Malaysia mengamalkan demokrasi serta memberi ruang kepada kebebasan bersuara, namun ia mempunyai batas terutama dalam sebuah negara majmuk yang dihuni masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Jika anda mencipta, menyebar atau menghasut kebencian terhadap mana-mana kaum atau agama, kita akan bertindak tegas terhadap anda. Perbuatan ini boleh menghancurkan asas perpaduan negara ini,” katanya ketika berucap pada Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia Kali Kedua, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL), Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa.

Dalam ucapannya, Anwar turut berkongsi mengenai peranan Malaysia dalam membantu meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja bulan lalu selepas kedua-dua negara itu mula berbalas tembakan.

“Kita segera menghubungi, merayu dan membawa mereka ke sini. Kita katakan, mari kita berbincang segera kerana kita tidak berminat dengan konflik. Alhamdulillah, kami berjaya mengekalkan keamanan dengan cepat,” jelasnya. - Media Telus

+ - reset