Berita Berita
RUU Perolehan Kerajaan 2025 hanya mukadimah reformasi – Anwar

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat bukanlah penamat kepada perjuangan reformasi, sebaliknya mukadimah kepada agenda perubahan lebih besar yang sedang digerakkan kerajaan.
Menurut Anwar, matlamat utama penggubalan RUU tersebut adalah untuk memastikan hasil negara dibelanjakan secara berhemah, telus dan berintegriti demi mengangkat darjat Malaysia.
“Alhamdulillah. Dengan sokongan 125 undian, RUU Perolehan Kerajaan 2025 telah diluluskan di Dewan Rakyat hari ini. Ini bukan penamat perjuangan reformasi kita. Penggubalan RUU ini hanyalah mukadimah kepada perubahan yang kita dambakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan RUU tersebut diluluskan selepas 125 undi bersetuju, 63 undi menentang, seorang tidak mengundi manakala 32 ahli Parlimen tidak hadir.
RUU Perolehan Kerajaan 2025 mengandungi 12 bahagian dan 93 fasal yang digubal bagi meletakkan pertanggungjawaban sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang melaksanakan perolehan menggunakan dana kerajaan.
Ia turut digubal selaras dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang diterajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan setiap perbelanjaan awam diurus secara telus, berakauntabiliti serta bebas daripada ketirisan.
Selain itu, RUU berkenaan memperkenalkan mekanisme baharu termasuk kewajipan penubuhan serta pentadbiran panel kajian semula ke atas keputusan di semua agensi pelaksana perolehan kerajaan. Ia juga menubuhkan Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan sebagai badan berkecuali di bawah Kementerian Kewangan untuk memperkukuh proses semakan keputusan perolehan. - Media Telus
Berita berkaitan
August 28, 2025, 10:14 pm
Segamat dilanda gempa bumi ke-4 malam ini
August 28, 2025, 9:36 pm
‘Kami mohon tangguh inkues bukan lengahkan keadilan’ - Peguam bela kes Zara Qairina
August 28, 2025, 9:16 pm
PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Kebangsaan
August 28, 2025, 9:07 pm
Penantian 7 tahun berakhir, pekerja gig akan diiktiraf di sisi undang-undang - Zahid Hamidi
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm