Berita Berita
‘Kami mohon tangguh inkues bukan lengahkan keadilan’ - Peguam bela kes Zara Qairina

KOTA KINABALU 28 Ogos – Pasukan pembelaan yang mewakili lima remaja bawah umur dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan bahawa permohonan mereka bagi penggantungan prosiding inkues tidak bermaksud untuk melengahkan proses mendapatkan keadilan.
Peguam, Datuk Ram Singh berkata, tindakan itu hanya sebahagian daripada hak yang diperuntukkan dalam undang-undang.
“Apabila kami memohon penangguhan, bukan kerana mahu melengahkan inkues. Kami mohon penangguhan kerana itu adalah proses undang-undang,” katanya selepas pendengaran permohonan pihak berkepentingan berhubung inkues berkenaan hari ini.
Beliau turut menekankan keperluan melindungi semua saksi terutama kanak-kanak sepanjang prosiding dijalankan.
Katanya, sehingga kini pasukan pembelaan masih belum menerima senarai lengkap saksi yang bakal dipanggil memberi keterangan.
“Kami ingin tahu siapa saksi kanak-kanak dan sama ada lima remaja yang dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak baru-baru ini akan dipanggil memberi keterangan. Inkues adalah untuk mencari fakta dan kebenaran akan muncul melalui saksi serta soal balas di mahkamah,” jelasnya.
Menurut beliau lagi, pihak pembelaan juga berhak mencabar sebarang isu atau bukti yang boleh menjejaskan kedudukan anak guam mereka, selaras dengan peruntukan undang-undang yang menetapkan kanak-kanak mesti dilindungi.
Pada prosiding sama, pasukan guaman diketuai Ram bersama Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan memohon untuk diterima sebagai pihak berkepentingan selain menangguhkan pendengaran inkues. Permohonan itu disokong peguam Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah yang mewakili empat lagi pesalah juvana.
Namun, peguam Shahlan Jufri yang mewakili keluarga Zara Qairina membantah keras permohonan tersebut. Beliau berhujah bahawa memberi ruang kepada pihak yang didakwa membuli untuk mencampuri prosiding adalah satu penghinaan, malah menegaskan ibu arwah, Noraidah Lamat, sudah lama menunggu inkues itu selepas membuat keputusan sukar menggali semula jenazah anaknya.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindak sebagai koroner memutuskan inkues akan diteruskan seperti dijadualkan, tetapi kini akan dikendalikan oleh koroner baharu, Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan.
Senarai saksi dijangka dimuktamadkan hari ini atau esok, manakala semua dokumen berkaitan prosiding akan disiapkan menjelang Selasa ini.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 10:14 pm
Segamat dilanda gempa bumi ke-4 malam ini
August 28, 2025, 9:16 pm
PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Kebangsaan
August 28, 2025, 9:08 pm
RUU Perolehan Kerajaan 2025 hanya mukadimah reformasi – Anwar
August 28, 2025, 9:07 pm
Penantian 7 tahun berakhir, pekerja gig akan diiktiraf di sisi undang-undang - Zahid Hamidi
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm