TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Kebangsaan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Ogos – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian Lebuhraya PLUS sempena cuti hujung minggu panjang dan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada 29 Ogos hingga 1 September ini.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selesa sepanjang musim cuti berkenaan.

Istimewanya kali ini, PLUS memperkenalkan penambahbaikan terbaharu pada aplikasi MyPLUS-TTA yang membolehkan pengguna merancang perjalanan pada hari-hari puncak di luar musim perayaan, termasuk sempena cuti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah fungsi ‘Laluan Kegemaran’ bagi menyimpan laluan pilihan untuk akses lebih pantas, serta paparan ‘Amaran Masa Nyata’ yang terus dipaparkan pada halaman carian bagi memberikan maklumat segera tentang keadaan trafik.

Selain itu, fungsi carian turut dipertingkat dengan pilihan menu ke bawah bagi memudahkan pemilihan laluan secara lebih cepat dan mesra pengguna.

“Tidak seperti musim perayaan di mana tarikh perjalanan telah ditetapkan lebih awal, PLUS akan terus memantau aliran trafik harian dan mengemas kini nasihat tempoh puncak secara berterusan, bagi memastikan pengguna menerima panduan perjalanan yang paling relevan secara masa nyata.

“Orang ramai digalakkan memuat turun atau mengemas kini aplikasi PLUS di https://bit.ly/3pO2PYs bagi merancang perjalanan dengan lebih mudah,” kata PLUS dalam kenyataan hari ini. - Media Telus

+ - reset