TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Beyond Education Malaysia terus mengukuhkan peranannya dalam membimbing pelajar dalam bidang perubatan dan kesihatan apabila dianugerahkan Student Advisory Leadership Award for Medical and Healthcare Programmes 2025 pada majlis Malaysia Education & TVET Awards 2025.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, sekali gus mengiktiraf komitmen organisasi tersebut dalam memastikan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang kewangan.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan komitmen kami dalam membimbing pelajar bidang perubatan dan kesihatan serta memastikan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang kewangan,” kata Beyond Education Malaysia dalam kenyataan rasmi.

Seiring dengan kejayaan itu, Beyond Education Malaysia turut melancarkan Kempen STUDY MBBS 2025 untuk tahun ke-9 berturut-turut, yang menawarkan peluang pengambilan pelajar pada September dan Oktober 2025.

Kempen tersebut bertujuan membantu pelajar melanjutkan pengajian perubatan di universiti kolaborasi Beyond Education Malaysia tanpa dibebani halangan kewangan yang boleh menjejaskan impian mereka.

Maklumat lanjut berhubung kempen itu boleh diperoleh menerusi saluran media sosial rasmi Beyond Education Malaysia.

 

+ - reset