Berita Berita
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini

KUALA LUMPUR 28 Ogos - FGV Holdings Bhd (FGV) kini memasuki fasa baharu selepas secara rasmi dinyahsenaraikan daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada bermula hari ini sekali gus membuka ruang kepada Felda memperkukuh kawalan penuh terhadap rantaian nilai industri sawit.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Felda berkata, perkara tersebut dibuat selepas saham FGV digantung daripada dagangan pada 25 Ogos lalu.
"Sehingga kini, Felda bersama pihak yang melaksanakan langkah pelaburan untuk mencapai matlamat yang sama atau persons acting in concert (PACs) telah memiliki 95.29 pertus daripada jumlah keseluruhan saham FGV.
"Pemegang saham yang menolak tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat (Dissenting Holders) masih boleh melaksanakan hak bagi menjual pegangan saham FGV sehingga 15 Januari 2026 sebelum jam 5 petang selaras notis Felda kepada pemegang saham bertarikh 22 Ogos,” kata Felda.
Menurut Felda, penyahsenaraian FGV menandakan permulaan fasa baharu bagi lembaga tersebut dalam memperkukuh struktur korporat, mengoptimumkan operasi ladang dan meningkatkan pulangan ekonomi kepada Felda serta pemegang taruh utama iaitu peneroka.
"Dengan FGV kini tidak lagi tersenarai di Bursa Malaysia, Felda boleh mengawal rantaian nilai industri sawit sepenuhnya, termasuk pengurusan hasil dan kos operasi ladang, sekali gus meningkatkan produktiviti, mengoptimumkan kos, serta memaksimumkan pulangan secara konsisten.
"Felda yakin bahawa dengan penyusunan semula ekosistem Kumpulan Felda secara menyeluruh, pertumbuhan yang lebih mampan dapat dipacu, daya saing di peringkat global dapat dipertingkat, dan kesejahteraan komuniti peneroka akan terus terjamin untuk jangka masa panjang,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 28, 2025, 10:14 pm
Segamat dilanda gempa bumi ke-4 malam ini
August 28, 2025, 9:36 pm
‘Kami mohon tangguh inkues bukan lengahkan keadilan’ - Peguam bela kes Zara Qairina
August 28, 2025, 9:16 pm
PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Kebangsaan
August 28, 2025, 9:08 pm
RUU Perolehan Kerajaan 2025 hanya mukadimah reformasi – Anwar
August 28, 2025, 9:07 pm
Penantian 7 tahun berakhir, pekerja gig akan diiktiraf di sisi undang-undang - Zahid Hamidi
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm