Berita Berita
Penantian 7 tahun berakhir, pekerja gig akan diiktiraf di sisi undang-undang - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Selepas tujuh tahun digubal, Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis, sekali gus membuka lembaran baharu dalam sejarah perlindungan sosial pekerja sektor tersebut di Malaysia.
RUU berkenaan memberi jaminan hak kepada lebih 1.2 juta pekerja gig termasuk dari sektor p-hailing, e-hailing, pekerja bebas digital serta pelbagai perkhidmatan dalam talian yang semakin menjadi nadi baharu ekonomi negara.
Undang-undang ini bakal membolehkan mereka menikmati hak rundingan gaji, syarat kerja dan perlindungan sosial yang lebih sistematik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kelulusan itu sebagai bukti kerajaan tidak membiarkan golongan pekerja gig terus berada di pinggiran tanpa perlindungan yang sah.
"Syukur Alhamdulillah, pada hari ini kita telah menyaksikan satu detik bersejarah apabila Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat.
"Kelulusan ini menandakan komitmen kerajaan untuk memastikan lebih 1.2 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam ekonomi gig mendapat perlindungan sewajarnya," katanya menerusi hantaran di Facebook.
RUU tersebut dibahaskan oleh 23 anggota Dewan Rakyat daripada blok kerajaan dan pembangkang sebelum menerima sokongan majoriti melalui undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim pula berkata, tindakan sesetengah pihak pembangkang yang keliru dengan perincian cadangan akta itu menunjukkan mereka tidak meletakkan pekerja gig sebagai keutamaan.
Ahmad Zahid menambah, pengiktirafan undang-undang ini amat penting kerana industri gig kini bukan lagi fenomena sementara tetapi sudah menjadi penyumbang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Namun, realitinya sebelum ini ramai pekerja gig masih bekerja tanpa jaminan keselamatan sosial, hak dan suara yang jelas dalam sistem perundangan.
"Sehubungan dengan itu, saya menekankan kepentingan pelaksanaan yang telus, menyeluruh dan berkesan terhadap RUU ini. Sebagai langkah seterusnya, saya akan memantau dan terus berusaha untuk memastikan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) bagi mengawal selia, menyelaras serta memantau perkembangan sektor ini secara khusus.
"Suruhanjaya ini akan menjadi pemangkin kepada keseluruhan ekosistem ekonomi perkongsian ini termasuk pembekal, pembeli, penyedia khidmat, penyedia platform, pekerja GiG, pengguna dan pemacuan pengembangan ekonomi perkongsian ini secara keseluruhannya," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) atas dedikasi dalam merangka RUU tersebut.
"Inilah bukti jelas kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan memastikan tiada sesiapa pun yang tercicir daripada arus pembangunan negara," ujarnya.
Berita berkaitan
August 28, 2025, 10:14 pm
Segamat dilanda gempa bumi ke-4 malam ini
August 28, 2025, 9:36 pm
‘Kami mohon tangguh inkues bukan lengahkan keadilan’ - Peguam bela kes Zara Qairina
August 28, 2025, 9:16 pm
PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Kebangsaan
August 28, 2025, 9:08 pm
RUU Perolehan Kerajaan 2025 hanya mukadimah reformasi – Anwar
August 28, 2025, 8:05 pm
Beyond Education Malaysia raih Anugerah Kepimpinan Pendidikan Perubatan 2025
August 28, 2025, 6:36 pm
Felda umum FGV secara rasmi keluar Bursa Malaysia bermula hari ini
August 28, 2025, 6:17 pm
Gangguan elektrik di KLIA2 cemar imej negara - Anthony Loke
August 28, 2025, 5:54 pm