Berita Berita
Pemandu lori tikam diri, reka cerita disamun selepas guna wang syarikat untuk judi

GEORGE TOWN 5 Sept – Seorang pemandu lori sanggup menikam dirinya sendiri dan mereka-reka cerita kononnya disamun, selepas menggunakan wang syarikat untuk berjudi dalam kejadian di Persiaran Minden, Gelugor, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, lelaki berusia 32 tahun itu mendakwa diserang tiga individu tidak dikenali yang melarikan wang kutipan syarikat berjumlah RM3,000.
Bagaimanapun, siasatan mendapati dakwaan itu palsu.
“Pada awalnya mangsa mendakwa disamun, namun keterangan yang diberi bercanggah. Akhirnya, dia mengaku menipu dan wang tersebut digunakan untuk tujuan peribadi termasuk berjudi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan forensik menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman sedalam 3.5 sentimeter di perut. Lelaki itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil selepas pembedahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu. - Media Telus
Berita berkaitan
September 5, 2025, 11:21 pm
Pendakwah mualaf Kedah terima Anugerah Khas Maulidur Rasul
September 5, 2025, 10:06 pm
Tak beri muka peniaga degil, DBKL sita skuter, mainan halang laluan di Chow Kit
September 5, 2025, 9:51 pm
Warga asing tinggal lebih masa bawah 90 hari akan dikompaun serta-merta
September 5, 2025, 9:26 pm
Malaysia hantar 20,000 al-Quran bahasa khmer ke kemboja
September 5, 2025, 9:19 pm
JAINJ tangkap dua pasangan khalwat di Segamat dan Benut
September 5, 2025, 9:11 pm
Gudang bateri lama di Tanjung Minyak terbakar, 60 peratus musnah
September 5, 2025, 8:56 pm
Remaja Britain hilang sejak Jun lalu ditemui selamat di Kuala Lumpur
September 5, 2025, 8:40 pm