Berita Berita
Tak beri muka peniaga degil, DBKL sita skuter, mainan halang laluan di Chow Kit

KUALA LUMPUR 5 Sept - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas pindah halangan terhadap peniaga yang berdegil meletakkan basikal, skuter, mainan kanak-kanak serta peralatan perniagaan lain di laluan awam sekitar Jalan Raja Laut dan Chow Kit, semalam.
Dalam operasi bersepadu itu, tujuh notis am dikeluarkan, manakala lima kes membabitkan sitaan dilaksanakan ke atas barangan yang menghalang pejalan kaki dan menyusahkan orang ramai.
Antara barangan yang dirampas ialah basikal, skuter dan pelbagai mainan kanak-kanak yang diletakkan tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Menurut kenyataan DBKL, tindakan ini dibuat bagi memastikan laluan awam kekal kondusif, selamat dan tidak disalahgunakan sebagai tempat berniaga.
“Pemantauan serta tindakan tegas akan diteruskan dari semasa ke semasa, khususnya di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” jelas DBKL.
DBKL turut menegaskan, langkah ini memberi isyarat jelas bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menguasai kawasan awam sewenang-wenangnya.
Berita berkaitan
September 5, 2025, 11:21 pm
Pendakwah mualaf Kedah terima Anugerah Khas Maulidur Rasul
September 5, 2025, 9:51 pm
Warga asing tinggal lebih masa bawah 90 hari akan dikompaun serta-merta
September 5, 2025, 9:26 pm
Malaysia hantar 20,000 al-Quran bahasa khmer ke kemboja
September 5, 2025, 9:19 pm
JAINJ tangkap dua pasangan khalwat di Segamat dan Benut
September 5, 2025, 9:11 pm
Gudang bateri lama di Tanjung Minyak terbakar, 60 peratus musnah
September 5, 2025, 8:56 pm
Remaja Britain hilang sejak Jun lalu ditemui selamat di Kuala Lumpur
September 5, 2025, 8:41 pm
Pemandu lori tikam diri, reka cerita disamun selepas guna wang syarikat untuk judi
September 5, 2025, 8:40 pm