TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gudang bateri lama di Tanjung Minyak terbakar, 60 peratus musnah

By
|
Kongsi
image

MELAKA 5 Sept. – Sebuah gudang menyimpan bateri lama di Kawasan Perindustrian Tanjung Minyak, di sini, musnah 60 peratus dalam kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Ahmad Nyat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.49 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan keluasan 50 x 50 kaki persegi daripada keseluruhan gudang berukuran 150 x 150 kaki persegi. Gudang ini difahamkan pernah disita Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Beberapa letupan kecil turut berlaku di lokasi namun tiada mangsa dilaporkan. Kebakaran berjaya dikawal pada 2.58 petang dan operasi ditamatkan kira-kira 6.51 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 26 anggota dengan kekuatan lima jentera dikejarkan ke lokasi dengan bantuan BBP Cheng, Melaka Tengah dan Alor Gajah.

Siasatan awal mendapati bahan terbakar ialah bateri yang mengandungi bahan kimia sangat reaktif terhadap air, menyebabkan pasukan bomba menggunakan kaedah khas bagi mengelakkan tindak balas berbahaya.

“Cabaran utama adalah semasa proses ‘overhaul’ kerana dikhuatiri wujud gas berbahaya tidak dikenal pasti. Pasukan HAZMAT dan CBRNe dikerahkan menggunakan teknologi pengesanan jarak jauh.

“Hasil pengesanan mendapati terdapat gas ammonia dan semua anggota diarahkan memakai alat pernafasan semasa operasi,” katanya. - Media Telus

+ - reset