Berita Berita
Remaja Britain hilang sejak Jun lalu ditemui selamat di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Polis mengesahkan seorang remaja lelaki warga Britain yang dilaporkan hilang sejak Jun lalu ditemukan dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang trauma atau kecederaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang dikenali sebagai David ditemui di sebuah hotel di Jalan Pudu hasil maklumat awam yang disalurkan seorang lelaki tempatan, dikenali sebagai Uncle Kentang.
“Pada jam 5.17 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah menemukan mangsa dalam keadaan baik. Pemeriksaan kesihatan juga mendapati keadaannya stabil,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Fadil, remaja berusia belasan tahun itu telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada ibunya. David juga dijadualkan pulang ke Britain kerana Visa Lawatan yang digunakannya tamat pada hari sama.
“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai meninggalkan rumahnya di Britain selepas perselisihan faham dengan keluarga sebelum berlepas seorang diri ke Malaysia pada 6 Jun lalu,” katanya.
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan David, seorang pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester, meninggalkan rumah dengan alasan menghadiri urusan sekolah. Bagaimanapun, dia berlepas ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan keluarga, mematikan telefon bimbit dan tidak membalas e-mel.
Pada 9 Julai lalu, David sempat menghubungi ibunya melalui e-mel untuk memohon maaf dan meminta keluarga tidak bimbang.
Polis merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama sehingga remaja terbabit berjaya ditemukan semula. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes seumpama ini boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran. - Media Telus
Berita berkaitan
September 5, 2025, 11:21 pm
Pendakwah mualaf Kedah terima Anugerah Khas Maulidur Rasul
September 5, 2025, 10:06 pm
Tak beri muka peniaga degil, DBKL sita skuter, mainan halang laluan di Chow Kit
September 5, 2025, 9:51 pm
Warga asing tinggal lebih masa bawah 90 hari akan dikompaun serta-merta
September 5, 2025, 9:26 pm
Malaysia hantar 20,000 al-Quran bahasa khmer ke kemboja
September 5, 2025, 9:19 pm
JAINJ tangkap dua pasangan khalwat di Segamat dan Benut
September 5, 2025, 9:11 pm
Gudang bateri lama di Tanjung Minyak terbakar, 60 peratus musnah
September 5, 2025, 8:41 pm
Pemandu lori tikam diri, reka cerita disamun selepas guna wang syarikat untuk judi
September 5, 2025, 8:40 pm