TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JAINJ tangkap dua pasangan khalwat di Segamat dan Benut

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 5 Sept. – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan dua pasangan dalam serbuan khalwat berasingan di bilik hotel di Segamat dan Benut, Pontian, malam tadi.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan sekitar jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, bertepatan dengan sambutan Maulidur Rasul.

Menurut JAINJ, dalam serbuan pertama di Segamat, seorang lelaki berstatus suami orang yang bekerja di Johor Bahru ditahan bersama seorang janda beranak.

“Pasangan berusia 30-an itu adalah rakan sekerja. Hotel yang disewa atas nama lelaki berkenaan akan dituntut bayaran lebih RM180 daripada majikannya. Lelaki tersebut dilaporkan dihantar bertugas ke Segamat sebulan sekali atau dua kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tangkapan kedua di Benut membabitkan pasangan bujang berusia 20-an.

“Selepas ditahan, pasangan berkenaan merayu dilepaskan. Mereka kemudian diberi nasihat supaya insaf, bertanggungjawab dan segera bernikah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - Media Telus

+ - reset