Berita Berita
Malaysia hantar 20,000 al-Quran bahasa khmer ke kemboja

PUTRAJAYA 5 Sept. – Malaysia menghantar 20,000 naskhah al-Quran beserta terjemahan dalam bahasa Khmer ke Kemboja hari ini sebagai usaha memperkukuh syiar Islam di peringkat antarabangsa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penghantaran bersempena sambutan Maulidur Rasul SAW itu dilaksanakan melalui Kompleks Nasyrul Quran dengan kerjasama Yayasan Restu dan penyumbang wakaf.
“Peluncuran ini bertepatan dengan semangat rahmatan lil ‘alamin, rahmat yang dikongsi merentasi bangsa dan sempadan negara, seiring dengan makna kemerdekaan yang membebaskan manusia daripada kejahilan dan penindasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini, sebanyak 420,000 naskhah al-Quran telah dihantar ke luar negara, termasuk 400,000 naskhah sebelum ini dan tambahan 20,000 naskhah ke Kemboja pada hari ini.
Menurut beliau, menjelang akhir 2025 sebanyak 230,000 naskhah lagi sedang dicetak untuk dihantar ke destinasi lain seperti Jerman, Nepal, Sepanyol, Rusia, Sweden, Amerika Syarikat, negara-negara Amerika Selatan serta Afrika.
“Malaysia kini muncul sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar dunia melalui Kompleks Nasyrul Quran sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penyebaran al-Quran antarabangsa, selaras aspirasi Masyarakat MADANI,” katanya.
Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pencetus misi penyebaran al-Quran ke seluruh dunia menerusi lawatan rasmi ke pelbagai negara.
Beliau juga berterima kasih kepada Yayasan Restu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Wakaf Malaysia, penyumbang wakaf serta rakan strategik dalam dan luar negara yang bersama menjayakan usaha itu.
“Semoga usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang memberi manfaat berpanjangan kepada umat Islam seluruh dunia,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 5, 2025, 11:21 pm
Pendakwah mualaf Kedah terima Anugerah Khas Maulidur Rasul
September 5, 2025, 10:06 pm
Tak beri muka peniaga degil, DBKL sita skuter, mainan halang laluan di Chow Kit
September 5, 2025, 9:51 pm
Warga asing tinggal lebih masa bawah 90 hari akan dikompaun serta-merta
September 5, 2025, 9:19 pm
JAINJ tangkap dua pasangan khalwat di Segamat dan Benut
September 5, 2025, 9:11 pm
Gudang bateri lama di Tanjung Minyak terbakar, 60 peratus musnah
September 5, 2025, 8:56 pm
Remaja Britain hilang sejak Jun lalu ditemui selamat di Kuala Lumpur
September 5, 2025, 8:41 pm
Pemandu lori tikam diri, reka cerita disamun selepas guna wang syarikat untuk judi
September 5, 2025, 8:40 pm