TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pendakwah mualaf Kedah terima Anugerah Khas Maulidur Rasul

By
|
Kongsi
image

ALOR SETAR, 5 Sept - Pendakwah mualaf, Ustaz Mohd Naim Islam Abdullah, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447 Hijrah/2025 Masihi peringkat Negeri Kedah.

Dilahirkan di Sungai Petani sebagai anak sulung daripada dua beradik, beliau memeluk Islam pada 27 Julai 1985 dengan nama asalnya Arumugan Thangavelu.

Kini, Ustaz Mohd Naim bertugas sebagai Pegawai Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosial di Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 2018.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diizinkan menerima anugerah ini. Terima kasih juga kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah atas kepercayaan yang diberikan untuk saya melaksanakan tugas dakwah dan tarbiah kepada para mualaf,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman, hari ini.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia dakwah, beliau aktif memimpin dan menyertai pelbagai pertubuhan kebajikan, antaranya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Dakwah Islamiah dan Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah).

Sumbangan beliau turut diiktiraf menerusi beberapa anugerah, termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 2009 serta Hadiah Tajaan Menunaikan Haji di Mekah oleh Raja Abdullah melalui Kerajaan Arab Saudi pada 2011.

 

+ - reset