Berita Berita
'Masa depan politik saya tak terikat dengan mana-mana parti' - KJ

KUALA LUMPUR 7 Sept – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan masa depan politiknya harus dinilai berdasarkan kemampuan beliau membantu rakyat, bukannya semata-mata dikaitkan dengan mana-mana parti politik.
Kenyataan ringkas itu dimuat naik bekas Menteri Kesihatan berkenaan melalui satu hantaran di Instagram, sebagai reaksi terhadap laporan sebuah portal berita yang memetik penganalisis politik mendakwa masa depan beliau masih bergantung kepada UMNO.
Portal tersebut turut melaporkan wujud spekulasi bahawa Khairy merayu untuk kembali ke UMNO selepas dipecat pada Januari 2023, dengan dakwaan surat rayuan itu dihantar melalui pembantunya.
Namun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan parti belum menerima sebarang surat rayuan daripada Khairy.
Untuk rekod, Khairy dipecat daripada UMNO tahun lalu kerana melanggar disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berita berkaitan
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm
15 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah di Segamat
September 8, 2025, 2:48 pm
Istana Pahang nafi Tengku Ampuan tawar bantuan melalui TikTok
September 8, 2025, 2:42 pm