Berita Berita
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera

BUTTERWORTH 8 Sept – Seorang wanita warga emas cedera di bahagian mata selepas dipercayai dicucuk dengan objek tajam oleh anak kandungnya dalam kejadian di sebuah flet di Mak Mandin, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa berusia 72 tahun itu baru pulang daripada menghadiri kelas agama di masjid berhampiran sebelum berdepan tindakan agresif suspek lelaki berusia 47 tahun di rumah.
Difahamkan, suspek tiba-tiba menghalau ibunya sebelum bertindak mengambil objek tajam dan cuba mencederakan mangsa sehingga menyebabkan luka di bahagian muka.
Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh jiran sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan termasuk beberapa jahitan.
Susulan laporan, polis menahan suspek di kediaman sama dan hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah.
Siasatan lanjut turut mendapati suspek baru sahaja dibebaskan daripada pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 2 September lalu.
Mahkamah kemudiannya membenarkan suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm