Berita Berita
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Kerajaan akan menggunakan sistem PADU sebagai asas menentukan kelayakan penerima subsidi petrol RON95 bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menikmati manfaat tersebut.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kaedah penyasaran subsidi kini di peringkat akhir dimuktamadkan dan akan diumumkan pada akhir bulan ini.
“Rakyat yang layak akan terus menerima subsidi seperti sepatutnya. Proses ini dirangka dengan teliti agar majoriti tidak terjejas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara, hari ini.
Menurut beliau, kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak bagi memastikan sistem bayaran berasaskan MyKad dapat digunakan apabila mekanisme penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan. - Media Telus
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm