Berita Berita
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri

SEBERANG PERAI 8 Sept. – Seorang pengawal keselamatan direman empat hari bermula hari ini selepas dipercayai mencederakan ibunya yang baru pulang dari masjid dalam kejadian di sebuah flat di Mak Mandin, semalam.
Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa berusia 72 tahun baru tiba di rumah selepas menghadiri kelas agama sebelum dihalau dan diserang anak keduanya. Suspek dikatakan mencungkil mata ibunya serta menyerang menggunakan objek tajam, namun mangsa sempat diselamatkan jiran sebelum dihantar ke hospital.
Hasil siasatan mendapati suspek positif dadah dan baru dibebaskan daripada pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 2 September lalu. Lelaki itu juga mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik. - Media Telus
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm