Berita Berita
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang menilai cadangan menaikkan harga runcit beras putih tempatan (BPT) daripada RM2.60 kepada RM3.60 sekilogram, susulan desakan pengilang dan pesawah yang berdepan peningkatan kos operasi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kajian teliti perlu dibuat kerana harga beras import kini menurun, sekali gus mengurangkan permintaan terhadap beras tempatan.
“Kita tidak boleh terburu-buru kerana harga beras akan sentiasa berubah-ubah. Kajian intensif sedang dijalankan memandangkan beras import sekarang lebih murah,” katanya selepas merasmikan Forum Pengairan Dunia Keempat (WIF4) dan Mesyuarat Majlis Eksekutif Antarabangsa (IEC) ke-76, hari ini.
Sebelum ini, Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) dan Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) menggesa kerajaan mempertimbangkan kenaikan harga itu, seiring peningkatan kos pengeluaran serta pelaksanaan harga lantai belian padi sebanyak RM1,500 setan sejak Februari lalu.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak, menjelaskan isu kekurangan bekalan beras berlaku akibat pembelian berlebihan secara serentak selepas rakyat menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Beliau menegaskan, sebanyak empat juta kampit BPT sudah diagihkan ke seluruh negara dan bekalan mencukupi, cuma perlu masa untuk ditambah semula di lokasi tertentu, terutama kawasan luar bandar.
“Tidak perlu bimbang kerana ada sistem kawalan dan pemantauan. Kalau ada permintaan meningkat, bekalan akan ditambah segera,” katanya.- Media Telus
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm