Berita Berita
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM

KUALA LUMPUR 8 Sept – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus, tidak berhasrat mencabar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta yang disita sebelum ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat, ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Menurut Mahadi, kedua-dua responden melalui peguam mereka telah menghantar surat bertarikh 28 Ogos lalu menyatakan pendirian tersebut.
“Pihak kami memohon supaya satu warta pihak ketiga di bawah Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009 dikeluarkan untuk permohonan ini dan kami akan cuba menyegerakan proses tersebut,” katanya.
Sementara itu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri dan Mohammad Anuar mengesahkan kandungan surat berkenaan.
Hakim kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan terhadap wang terbabit, dengan sebutan lanjut ditetapkan pada 1 Oktober depan.
Suzana turut membenarkan permohonan agar kedua-dua responden dikecualikan hadir pada tarikh berkenaan.
Mahadi ketika dihubungi Bernama memaklumkan, sekiranya tiada pihak ketiga tampil pada prosiding itu, wang berjumlah RM169 juta tersebut akan dilucut hak kepada kerajaan.
Pada 7 Julai lalu, SPRM memfailkan permohonan melucut hak wang tunai pelbagai mata wang asing yang didakwa milik Ismail Sabri, tetapi disita daripada Mohammad Anuar.
Jumlah itu merangkumi RM14.77 juta, SG$6.13 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta (Swiss Franc), EUR12.16 juta, JPY363 juta (Yen), GBP50,250, NZ$44,600, AED34.75 juta (Dirham Emiriah) serta AUD352,850.
Permohonan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009 selepas SPRM berpuas hati bahawa wang yang disimpan oleh Mohammad Anuar adalah milik Ismail Sabri dan berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 36(2) akta sama.
Siasatan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai kira-kira RM7 juta, hasil penggeledahan di kediaman serta pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat” oleh empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan Februari lalu.
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm