Berita Berita
'Terlalu banyak dokumen, ditulis dalam tempoh panjang' - Pemeriksa dokumen sahkan mustahil tiru tulisan tangan Zara Qairina

KOTA KINABALU 8 Sept - Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh, berpendapat adalah mustahil bagi seseorang meniru tulisan tangan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memandangkan dokumen yang diperiksa terlalu banyak, melibatkan pelbagai topik dan ditulis dalam tempoh panjang.
Beliau menyatakan demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner, di sini pada Isnin, menjawab soalan Timbalan Ketua Pendakwaan merangkap pegawai pengendali, Dana Arabi Wazani.
“Untuk kes ini, saya berpendapat adalah mustahil untuk ditiru kerana dokumen-dokumen ini sangat banyak, melibatkan pelbagai topik dan ditulis dalam jangka masa yang panjang,” katanya.
Semasa disoal balas peguam Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang remaja tertuduh, saksi kedua itu mengesahkan beliau telah membaca semua dokumen termasuk catatan pada kulit buku sebelum menjalankan perbandingan tulisan tangan.
Beliau turut memaklumkan helaian bertanda Y8 yang mempunyai kesan darah dihantar terlebih dahulu ke bahagian forensik DNA sebelum diserahkan kepadanya.
Sementara itu, peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili empat lagi remaja tertuduh meminta saksi menjelaskan perbezaan pada helaian Y10 bertarikh Februari 2025, yang mana catatan di bahagian belakang kelihatan lebih nipis berbanding muka hadapan.
“Perbezaan ini tidak menunjukkan ia bukan ditulis penulis yang sama kerana ciri-ciri tulisan tangan pada kedua-dua muka surat adalah sama,” jelasnya.
Menurut Nurul Atiqah, spesimen tulisan tangan yang digunakan sebagai perbandingan adalah atas nama Zara Qairina. Namun, beliau turut menjelaskan buku bertanda W3 mengandungi tulisan tangan arwah serta individu lain kerana ia dimiliki dua penama.
Prosiding yang berlangsung di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan ditangguhkan dan akan bersambung semula jam 9 pagi Selasa.
Turut hadir pasukan peguam yang mewakili pihak berkepentingan termasuk ibu arwah, Noraidah Lamat, serta bapanya, Mahathir Hashim @ Marikin, selain barisan peguam yang membela lima tertuduh kanak-kanak.
Inkues bulan ini dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad bersama pasukannya iaitu Dana Arabi Wazani, Mohd Fairuz Johari dan Dena Dacia Jane.
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm