Berita Berita
15 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah di Segamat

SEGAMAT 8 Sept – Sebanyak 15 bangunan kerajaan mengalami kerosakan kecil susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah ini antara 24 hingga 30 Ogos lalu, dengan anggaran kos baik pulih RM550,000.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata kerosakan itu dikenal pasti hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat setakat 3 September lalu, melibatkan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah, beberapa sekolah serta kuarters kerajaan.
“Kebanyakannya adalah keretakan sedia ada yang bertambah selepas gegaran. Kerosakan adalah kecil, tidak menjejaskan integriti struktur bangunan, dan bangunan masih selamat digunakan.
“Pengguna telah diingatkan supaya memantau keadaan serta melaporkan kepada JKR jika terdapat penemuan baharu,” katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat dan meninjau bangunan terjejas.
Beliau berkata, kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan peruntukan kementerian berkaitan, manakala JKR akan memberi sokongan teknikal bagi memastikan kelancaran proses.
Menurutnya, Bilik Gerakan Bencana JKR diaktifkan 24 jam sejak 24 Ogos, dengan pemantauan rapi dijalankan terhadap aset jalan dan jambatan.
Setakat ini, pemeriksaan mendapati tiada kerosakan pada 325 km jalan Persekutuan, 242 km jalan negeri serta 71 jambatan dan jejantas dalam radius gegaran.
“Faktor seismik telah diambil kira dalam reka bentuk bangunan kerajaan dan jambatan sejak penguatkuasaan MS EN 1998 National Annex pada 2017. Projek baharu di bawah RMK-12 juga menggunakan bahan berkualiti tinggi mengikut tahap kegempaan lokasi,” katanya.
Ahmad turut memaklumkan, Pejabat Daerah Segamat menerima 62 laporan kerosakan kecil pada rumah persendirian serta dua surau, namun anggaran kerugian masih dalam perincian. - Media Telus
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm