Berita Berita
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu

KUANTAN 8 Sept. – UMNO menzahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan pemimpin MIC yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini kerana dikhuatiri menjejaskan perpaduan Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata jemputan Bersatu kepada parti komponen BN jelas membawa implikasi tertentu, memandangkan hubungan BN dengan parti itu pernah melalui cabaran besar.
“Sebagai rakan lama, kita semua harus lebih berhati-hati agar tindakan yang dibuat tidak mengundang tafsiran berbeza. Perpaduan dalam BN perlu terus dipelihara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang menegaskan UMNO sentiasa berpegang kepada semangat setiakawan, malah di negeri seperti Pahang, MIC tetap diberi ruang sewajarnya atas dasar kebersamaan.
Beliau menyeru MIC bersama UMNO serta parti komponen lain memperkukuh BN dan mengembalikan kekuatan gabungan itu.
“Jangan sesekali memberi peluang kepada pihak luar yang pernah meninggalkan kita ketika waktu sukar. Hanya dengan muafakat dan kebersamaan, BN mampu kembali menjadi wadah kuat serta dihormati,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 9, 2025, 9:22 am
Abang maut dipanah petir ketika cari adik di tapak projek CSR
September 9, 2025, 7:54 am
Ribut hempap dua kenderaan di Kuala Lipis, seorang cedera
September 9, 2025, 7:50 am
Lelaki hilang sejak 2 September selepas keluar ke bandar Muar keluarkan wang pencen arwah bapa
September 9, 2025, 7:43 am
35 kematian akibat penyakit TB direkodkan di Kelantan sejak Januari
September 9, 2025, 7:26 am
RUU PSB: Penilaian baik pulih atau roboh dibuat secara objektif, telus - Kor Ming
September 9, 2025, 7:21 am
Penerimaan SSPA capai 99.9 peratus dalam kalangan penjawat awam
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm