Berita Berita
Fenomena 'Blood Moon' hiasi langit malam ini

KUALA LUMPUR 7 Sept – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau Blood Moon bermula jam 10 malam ini hingga 5 pagi esok.
Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) dalam kenyataan berkata, gerhana itu berlaku 2.7 hari sebelum bulan berada pada kedudukan terdekat dengan bumi (perigee) pada jarak 364,773 kilometer dengan saiz 33.4 arc minit.
“Fenomena ini akan dapat disaksikan oleh masyarakat di seluruh Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand. Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada pada kedudukan di antara matahari dan bulan menyebabkan bayang-bayang bumi menutupi bulan,” jelasnya.
Fenomena ini digelar Blood Moon kerana bulan akan kelihatan berwarna kemerahan semasa fasa gerhana penuh akibat pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.
Di Malaysia, bulan berada di atas ufuk sepanjang fenomena berlangsung, sekali gus membolehkan orang ramai menyaksikan keseluruhan fasa dengan mata kasar, binokular atau teleskop, bergantung kepada keadaan cuaca.
Keseluruhan gerhana dijangka mengambil masa tiga jam 30 minit, manakala fasa penuh berlangsung selama satu jam 22 minit.
Mysa turut memaklumkan orang ramai boleh hadir ke beberapa lokasi cerapan yang ditetapkan termasuk Planetarium Negara, Balai Cerap Permata Pintar, Masjid Alam Impian di Shah Alam, Balai Cerap Selangor, Balai Cerap Negeri Sembilan, Masjid Al-Azim Melaka, Kurau Inn Farmstay di Kuala Kurau, Perak, serta Dataran Masjid Putra, Putrajaya.
Berita berkaitan
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm
15 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah di Segamat
September 8, 2025, 2:48 pm
Istana Pahang nafi Tengku Ampuan tawar bantuan melalui TikTok
September 8, 2025, 2:42 pm