Berita Berita
Beras paling laris ditebus penerima SARA, punca stok cepat habis - Fahmi

TAWAU 7 Sept - Beras menjadi antara produk paling laris ditebus penerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sehingga menimbulkan masalah kekurangan stok di beberapa lokasi, termasuk pasar raya di daerah ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, aduan mengenai perkara itu telah diterima dan beliau akan memaklumkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) supaya bekalan beras ditambah segera.
“Hal ini perlu diberi keutamaan kerana ia antara barang paling banyak diminta,” katanya selepas meninjau pelaksanaan Sara di sini, hari ini.
Fahmi berkata, jumlah premis yang terlibat dalam pelaksanaan Sara kini meningkat kepada lebih 7,300 berbanding hanya 2,000 ketika mula diperkenalkan, dan masih berpotensi diperluas.
Mengulas mengenai isu tuntutan bertindih termasuk penggunaan MyKad individu lain yang dilaporkan hilang, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
Dalam pada itu, Fahmi turut menekankan keperluan mewujudkan saluran bantuan segera seperti talian hotline MyKasih bagi memudahkan penerima memaklumkan masalah kepada juruwang.
Secara keseluruhan, katanya, program Sara berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa isu teknikal.
Berita berkaitan
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm
15 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah di Segamat
September 8, 2025, 2:48 pm
Istana Pahang nafi Tengku Ampuan tawar bantuan melalui TikTok
September 8, 2025, 2:42 pm