TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Azalina diberi 6 bulan sedia draf RUU Anti Buli - Ahmad Zahid

By
|
Kongsi
image

BAGAN DATUK 7 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said diberi tempoh enam bulan untuk mengemukakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Anti Buli kepada Jemaah Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Azalina perlu menyediakan memorandum serta draf RUU berkenaan selepas melaksanakan siri libat urus di seluruh negara.

Menurut beliau, libat urus itu akan merangkumi pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia serta institusi pendidikan elit seperti Maktab Tentera Diraja.

“Tempoh sekurang-kurangnya enam bulan diberikan kepada Datuk Seri Azalina untuk mengemukakan kertas cadangan dan memorandum mengenai undang-undang anti buli bagi pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Komuniti Desa (MODE)@Kemas KKDW dan Program Bakti Madani@KPT di Masjid Tuminah Hamidi, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, sesi libat urus itu turut melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membabitkan universiti awam dan swasta, selain mendapatkan input daripada pengamal undang-undang. 

+ - reset