TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Armada buat laporan polis, siasat individu sengaja cetus kekecohan PAT

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM 7 Sept - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis susulan insiden kekecohan ketika ucapan dasar perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu malam tadi.

Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, pihaknya turut membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Bersatu bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan terhadap perwakilan serta individu yang mencetuskan kekecohan.

“Armada berpendirian bahawa kebebasan untuk bersuara perlu dibuat secara beradab dan tertib. Namun, berlaku kekecohan itu dan berjaya dikawal pasukan Briged Armada yang mengawal keselamatan ketika insiden berkenaan.

“Justeru, kita tampil membuat laporan polis dan kepada lembaga parti bagi menyiasat individu terlibat serta mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Menurut Harris, insiden itu memalukan kerana berlaku di khalayak ramai termasuk di hadapan parti komponen lain dan petugas media.

Beliau berkata, individu yang mencetuskan kekecohan sudah memohon maaf berhubung kejadian tersebut.

+ - reset