Berita Berita
'Haramkan Tiktok jika terus gagal selesai isu buli siber' - Sivakumar beritahu MCMC

KUALA LUMPUR 7 Sept – Kerajaan disaran mempertimbangkan pengharaman aplikasi TikTok di Malaysia sekiranya platform itu terus gagal membendung isu buli siber serta mematuhi arahan pihak berkuasa, tegas Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia (DSK).
Pengasas dan Presiden DSK, Datuk N Sivakumar berkata, teguran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil baru-baru ini jelas membuktikan TikTok tidak serius dalam menangani masalah buli siber khususnya melibatkan komuniti Tamil.
“Jika TikTok terus gagal, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mengharamkan platform ini. Banyak negara sudah berbuat demikian atas faktor keselamatan dan kestabilan politik. Malaysia tidak mustahil akan menyusul,” katanya dalam satu kenyataan, sini, hari ini.
Beliau menegaskan, kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) harus dimanfaatkan untuk mengesan bahasa berunsur lucah, ganas dan buli secara automatik bagi mengelakkan tragedi seperti yang menimpa mendiang Esha berulang lagi.
“Penyedia platform perlu lebih proaktif. Dengan AI, komen berbaur keganasan atau penghinaan boleh dikesan dan dihapuskan segera. Separuh masalah akan selesai jika teknologi digunakan dengan betul,” tegasnya.
Sivakumar berkata, kelewatan TikTok menambah moderator bahasa Tamil membuktikan syarikat itu gagal menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.
“Isu buli siber tidak boleh dianggap remeh. Ia bukan sekadar mencabar kesabaran pengguna, malah boleh mengancam nyawa. Jangan biarkan kelemahan ini menular sehingga Malaysia terpaksa masuk senarai negara yang mengharamkan TikTok,” ujarnya.
Sebelum ini, Fahmi melahirkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati dengan sikap pengurusan TikTok yang dianggap tidak serius menangani isu membabitkan aplikasi dalam talian itu, termasuk penipuan dan buli siber.
“Isu yang kami bangkitkan berkenaan dengan aspek keselamatan dalam talian, saya meminta supaya pasukan TikTok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan perbincangan, meletakkan beberapa tempoh masa dan tindakan yang perlu mereka lakukan.
“Saya secara umumnya sangat tidak berpuas hati dengan sikap TikTok yang tidak serius dalam mengambil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah tertentu yang telah kami bangkitkan sebelum ini,” kata Fahmi. - Media Telus
Berita berkaitan
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm
15 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah di Segamat
September 8, 2025, 2:48 pm
Istana Pahang nafi Tengku Ampuan tawar bantuan melalui TikTok
September 8, 2025, 2:42 pm