Berita Berita
Bersatu sepakat calonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-11

SHAH ALAM 7 Sept – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara mencalonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-11 serta menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan beliau.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dicapai melalui Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kelapan parti berkenaan yang berlangsung selama dua hari dan berakhir petang tadi.
“Sebanyak 20 pembahas tampil mewakili negeri, sayap dan mahasiswa dengan mengupas isu kos sara hidup, ekonomi global, perpaduan rakyat serta perkembangan politik semasa,” katanya.
Menurut beliau, perhimpunan kali ini juga meluluskan usul ucapan dasar Presiden selain menegaskan tekad perwakilan untuk memperkukuh jentera parti menjelang pilihan raya.
“PAT telah sebulat suara mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-11 daripada Bersatu. Perwakilan berazam untuk terus bekerja keras di lapangan serta meningkatkan kemahiran jentera pilihan raya,” ujar Mohamed Azmin.
Berita berkaitan
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm
15 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah di Segamat
September 8, 2025, 2:48 pm
Istana Pahang nafi Tengku Ampuan tawar bantuan melalui TikTok
September 8, 2025, 2:42 pm