Berita Berita
Seorang maut, 3 cedera tertimbus pasir ketika pasang paip di Bota Kiri

PARIT 7 Sept - Seorang pekerja maut manakala tiga lagi cedera selepas tertimbus pasir ketika menjalankan kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di kawasan pengumpulan pasir sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, petang tadi.
Kejadian berlaku berhampiran persisiran Sungai Perak ketika mangsa bersama rakan sekerja menanam struktur saluran di lokasi berkenaan.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi.
“Tiga mangsa tertimbus sehingga paras dada di dalam pam pasir, namun berjaya diselamatkan sekitar jam 6.30 petang. Seorang lagi mangsa bagaimanapun tertimbus sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, operasi menyelamat turut dibantu tiga unit jengkaut, manakala semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.
“Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Menurut Shazlean, keterangan saksi mendapati tanah di kawasan korekan sedalam kira-kira tiga meter mula merebak sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang yang digali.
Berita berkaitan
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm
15 bangunan kerajaan alami kerosakan kecil akibat gempa bumi lemah di Segamat
September 8, 2025, 2:48 pm
Istana Pahang nafi Tengku Ampuan tawar bantuan melalui TikTok
September 8, 2025, 2:42 pm