Berita Viral
Dua anggota polis disyaki 'pau' warga Singapura ditahan
JOHOR BAHRU 14 Mac - Polis Johor sedang menjalankan siasatan ke atas dua orang anggota trafik yang disyaki melakukan pemerasan terhadap warga Singapura dalam satu kejadian di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, pada 10 Mac lalu.
Ketua Polis negeri, Komisioner M Kumar, berkata pihaknya mengesan video tular di media sosial Facebook (FB) yang dimuat naik penama Irene Teo dalam halaman 'Sage', semalam.
"Pihak polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap dua anggota polis trafik yang dipercayai melakukan pemerasan berikutan tular dua hantaran video di Facebook, semalam.
"Hantaran video itu turut diulas melalui artikel yang dimuat naik oleh laman sesawang Mothership bertarikh 11 Mac lalu," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, melalui hantaran yang tular itu dipercayai penama 'Irene Teo' diarahkan untuk membayar wang sejumlah SGD142 (RM499.40) kepada kedua-dua anggota polis trafik di BSI bagi mengelakkan tindakan saman diambil.
"Mangsa dikatakan melakukan kesalahan masuk ke laluan lori di kawasan check point 8A arah Johor Bahru ke Singapura pada 10 mac lalu, kira-kira jam 8.15 malam," katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.
"Bagaimanapun, setakat ini kita masih belum menerima sebarang laporan dibuat oleh mangsa berhubung insiden itu dan permohonan rasmi dibuat ke Pejabat Konsulat Singapura di Johor Bahru untuk bantuan mengesan pemilik Facebook 'Sage' dan penama 'Irene Teo' bagi membantu siasatan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suhana Abdullah Sadali di talian 019-8853599 atau Inspektor Nizam Ramon di talian 011-16086119. - Berita Harian
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
