Berita Berita
'Tiada unsur jenayah' - SPRM sahkan kes Farhash Wafa Salvador ditutup

PUTRAJAYA 9 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan siasatan terhadap kes penerokaan mineral di Sabah yang dikaitkan dengan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, telah selesai dan ditutup.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan penutupan siasatan dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya mendapati tiada sebarang kes jenayah boleh dikenakan kepada mana-mana pihak.
"Siasatan kita jalankan dengan memanggil semua yang terbabit dan kita juga merekod kenyataan daripada Sabah Mineral Management, kerajaan negeri, siapa-siapa yang dikatakan terbabit.
"Akhirnya, Timbalan Pendakwa Raya sudah membuat keputusan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak sama ada di bawah Akta SPRM 2009, Kanun Keseksaan dan tiada isu tadbir urus, maka kes ini ditutup," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Berita berkaitan
September 9, 2025, 8:25 pm
Juara dunia dapat ‘durian runtuh’ RM125,000 dari Sen Heng
September 9, 2025, 7:01 pm
IUC buka laluan kerjaya global mahasiswa di Jepun
September 9, 2025, 6:38 pm
Kes saman fitnah Tuan Ibrahim terhadap Rafizi selesai secara baik
September 9, 2025, 5:30 pm
Bapa sujud syukur, 8 anak akhirnya dapat sijil lahir, boleh bersekolah
September 9, 2025, 5:03 pm
Kes buli pelajar di Kedah meningkat 200 peratus
September 9, 2025, 4:44 pm
Inkues Zara Qairina: Doktor sahkan kecederaan di kepala arwah akibat hentakan objek tumpul
September 9, 2025, 3:24 pm
Keputusan representasi CEO GISBH dan 21 pemimpin tertinggi ditetapkan 30 Oktober
September 9, 2025, 2:51 pm
MCMC teruskan siasatan isu dakwaan Muhyiddin berkaitan subsidi RON95
September 9, 2025, 2:49 pm
RM170 juta dikaitkan dengan Ismail Sabri kini sah jadi milik kerajaan – Azam Baki
September 9, 2025, 2:41 pm