TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SPRM siasat aset Tun M di UK, tunggu maklumat pihak berkuasa - Azam Baki ​​​​​​​

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 9 Sept - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berhubung aset yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan terhadap Dr Mahathir masih berjalan dan maklumat lanjut diperlukan daripada pihak luar bagi melengkapkan siasatan.

Menurutnya, SPRM sedang menunggu maklum balas rasmi daripada autoriti UK mengenai aset yang dimiliki oleh Dr Mahathir.

"Sekiranya dapat diperolehi (maklumat), kita akan maklumkan kemudian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

+ - reset