Berita Berita
Kerajaan berjaya pulih aset Jho Low bernilai RM39.1 juta dengan bantuan Singapura

KUALA LUMPUR 10 Sept - Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Commercial Affairs Department (CAD) Singapura berjaya memulihkan aset berkaitan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, serta ahli keluarganya ke Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, aset berjumlah AS$8.57 juta (RM39.1 juta) itu merupakan hasil daripada penyelesaian global pelucuthakan sivil ke atas Jho Low yang dilaksanakan oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat.
Selain itu, akaun lain milik ahli keluarga Jho Low turut dijadualkan untuk dipulangkan dalam masa terdekat.
"Pemulangan terbaru ini serta penyelesaian sebanyak AS$330 juta (RM1.4 bilion) dengan JPMorgan Chase & Co baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan aset yang berjaya dikembalikan kepada Malaysia daripada kes 1MDB kini mencecah RM31.19 bilion.
"Pada 26 Jun 2024, DOJ Amerika Syarikat mengumumkan penyelesaian global pelucuthakan sivil ke atas Jho Low yang membawa kepada pemulihan aset melebihi AS$100 juta," katanya.
Secara keseluruhan, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah memperoleh lebih AS$1.5 bilion berkaitan Jho Low, sebahagian besarnya telah dikembalikan kepada Malaysia.
Menurut SPRM, kejayaan pemulihan itu mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Malaysia melalui Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (Multi-Agency Task Force) yang diketuai agensi berkenaan, dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara (AGC), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
"Usaha ini turut diperkukuh dengan kerjasama erat pihak berkuasa antarabangsa khususnya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan Perancis, di bawah kerangka perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA)," katanya.
Kes 1MDB dianggap antara jenayah kewangan terbesar dunia, manakala kerajaan menegaskan komitmen untuk terus membawa pulang wang dan aset yang diselewengkan, serta memastikan semua individu dan institusi yang terbabit dipertanggungjawabkan.
Berita berkaitan
September 10, 2025, 9:57 pm
'Si mati dipercayai sudah meninggal dunia seminggu lalu' - Polis cari waris mayat wanita mereput ditemui di KLIA
September 10, 2025, 9:18 pm
Calon SPM maut dalam nahas 4 kenderaan di Kulai
September 10, 2025, 8:13 pm
Zambry ingatkan jangan politikkan isu pelajar cemerlang
September 10, 2025, 8:09 pm
Harga RON97 dan diesel naik 2 sen, RON95 kekal
September 10, 2025, 8:05 pm
27 individu termasuk 18 pegawai penguat kuasa direman kes sindiket ‘counter setting’
September 10, 2025, 8:02 pm
SPR nafi poster tarikh PRN Sabah, sahkan maklumat palsu
September 10, 2025, 7:59 pm
Fahmi sahkan laman web Caghi.com disekat sejak 2022
September 10, 2025, 6:09 pm
Anwar arah semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara serta-merta
September 10, 2025, 5:17 pm